Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

السبت، 14 أغسطس 2010

smoger dberkati ALLAH...

salam alaik...





KELEBIHAN RAMADHAN 
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

الأحد، 8 أغسطس 2010

rintihanku-assaufee.wmv

Edcoustic - Muhasabah Cinta


Ya Allah....
Jika cinta adalah ketertawanan, tawanlah aku dengan cinta kepada –Mu ,
Agar tidak ada lagi yang akan menawanku...
Jika rindu adalah rasa sakit yang tidak menemukan ubatnya, penuhi aku dengan rindu kepadaMu dan jadikanlah kematianku sebagai muara pertemuan dengan Mu.

Ya Allah...
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta, jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada Mu, hendak ke mana kuhadapkan wajahku dari Mu, karena hidupku ini adalah anugerah dan rahmat-Mu...
Saat ku bangun di tengah malam dalam keadan gelisah dan resah,
Ku cuba untuk berwudhu’ dan menghadapkan diriku pada-Mu, tak terasa air mata menitis dalam mengingati dosa dan khilafku.

Ya Rabbi...
Ku ingin sangat sedar dan insaf dengan salah ini , bantu aku dengan kuatkan hatiku, mudahkan jalanku pada petunjuk serta hidayah-Mu dan jadikan tangisku ini sebagai tanda insafku....

Ihdinasyirotalmustakim (Tunjukkan aku jalan yang lurus) itu kata yang sering aku ucapkan dalam solatku, namun ketika jalan itu ada di depanku terkadang aku berpaling atau menghindarinya.....
Ampuni aku.... Ya Rabb...
Kau beri aku hidup untuk dipertanggung jawabkan dan Kau beri aku mati yang tak tau bilakah waktunya. Terbayang datangnya mati, dikubur dalam lubang sempit, gelap dan di kelilingi ulat dan cacing, sepi dan sunyi ditinggalkan oleh mereka yang amat rapat denganku, bahkan yang amat aku sayang.

Ya Allah...
Jadikan SOLAT ini cahaya bagiku, IBADAH ini adalah kekuatan dan ISLAM satu-satunya jalan hidupku, sedangkan tidur, kemalasan dan kesibukan pada dunia adalah musuh sengit bagi solatku maka bantu aku mengendalikannya.....
Jeritan batinku kubukakan padamu Teman, namun derita sengsaraanku kututup terhadap semua mahluk selain Rabbku yang Maha Mengetahui , tempat aku mengadu dan memohon keringanan ujian hidup ini.
Kau sibukkan aku, setelah mengenal Mu, aku hairan bagaimana manusia menjauhkan diri dari Mu, dan bagaimana manusia yang sudah merasakan rahmat Mu mundur kembali dari Mu.

Ya Allah....
Aku cinta kepada Mu dengan dua jenis cinta. Cinta rindu dan cinta kerana Engkau memang patut dicintai...

Ya Allah..
Aku memohon cinta Mu dan cinta orang orang yang mencintai Mu serta semua amalan yang mendekatkan aku kepada cinta Mu. Amien.....
Semoga Engkau kabulkan doaku ini.....aku hanya cinta kepada-MU.....

tkbir!!


hebatnya cinta allah.... 

Jika kau terasa lelah dan tidak berdaya..
Daripada usaha yg sepertinya sia-sia..
ALLAH tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama..
Dan hatimu masih terasa pedih..
ALLAH sudah menghitung air matamu..
Jika kau fikir hidupmu sedang menanti sesuatu..
Dan waktu terasa berlalu begitu sahaja..
ALLAH sedang menunggu bersama denganmu..
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba..
Segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
ALLAH punya jawapannya..
Ketika csegala sesuatu menjadi tidak masuk akal..
Dan kau berasa tertekan..
ALLAH dapat menenangkanmu..

Jika tiba2 kau dapat melihat jejak2 harapan..
ALLAH sedang berbisik kepadamu..
Ketika segala sesuatu berjalan lancar..
Dan kau berasa ingin mengucap syukur..
ALLAH telah memberimu Rahmat..
Ketika sesuatu yang indah terjadi..
Dan kau dipenuhi ketakjuban..
ALLAH telah tersenyum padamu..
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi..
Dan mimpi untuk digenapi..
ALLAH sudah membuka matamu..
Dan memanggilmu dengan namamu..
Ingatlah walau dimana pun kau atau kemana pun kau menghadap..
ALLAH SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar..


ALLAHU RABBI..
Aku datang dihadapanMU..
Dengan hati yang tercela..
Dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa..
Dengan jiwa yang lemah dan longlai..
Dengan kekuatan yang pudar..
Dengan semangat yang tiada tersisa..
Ampunkan daku YA ALLAH..
Aku tidak pandai memujuk diri untuk bersabar..
Aku tidak pandai memujuk diri untuk  REDHA..
Aku tidak pandai beradab  menerima ujian daripadaMU..
ALLAHU RABBI..
Engkau yang memberi nikmat bahagia kepadaku..
Engkau juga yang memberi rasa sakit dalam deritaku..
Segala ujian dan nikmat itu dariMU..
Maka..ku pohon penawarnya YA ALLAH..
Hilangkan segala duka dan sakit hatiku ini..
Hilangkan segala rasa sedih dan terluka ini..
Kerana Engkau yang memegang hati2 hamba-MU..
Aku tidak yakin pada diriku sendiri..
Oleh itu,hanya pada-MUlah  aku bergantung harap..
Pada-MUlah aku menyerahkan segala pergantungan..
Kerana kutahu Engkau tahu memujuk hatiku..
Membelai jiwaku..
Dan meniupkan cintaMU dalam hatiku..
Kini,kutagih kasih daripadaMU..
Dakaplah daku dalam cinta-MU..
Usirlah kesepian dan duka yang sebati dalam hatiku ini..
Gantikanlah ia dengan cinta-MU yang luhur dan suci..
Cinta-MU yang Agung dan tidak bertepi..
Amien....