Duhai
pendampingku....
Andai saja
bisa aku luahkan betapa aku mencintaimu sahabatku, maka akan kuluahkan setiap
kerat- kerat hati biar bersatu menguntum senyum paling indah dari wajahmu.namun
hati terlalu takut mengungkapnya bimbang satu hari nanti aku akan dilukakan dan
ucapan itu terasa begitu menyakitkan. dan rindu itu biar kusimpan dalam sudut
hati paling dalam, sentiasa berdoa kita disatukan disyurga bergembira atas
dipan- dian indah, dikelilingi sungai- sungai yang mengalir, menikmati nikmat
syurga bersama- sama, anugerah Allah yang didunia kita mabuk dalam cinta dan
rindu pada-NYA,itulah impianku. Bukan aku menafikan sunnah Rasulullah yang
mengajar kita meluahkan cinta kepada sahabat, bahkan aku sering berdoa di sujud
terakhirku agar kita terus disatukan hati dalam ukhwah terindah ini. Dan aku
juga yakin, biar cintaku padamu sahabatku aku simpan dalam tiap- tiap kerat
doaku agar Allah terus mengikat hati kita dalam perjuangan menegakkan
agama-NYA.
Pendampingku,
kecintaanku,
Jalanan
perjuangan begitu memeritkan, dalam setiap langkahku, aku sentiasa diperkuatkan
olehmu, biarpun bicara semangat itu terkadang melukakan, aku rela kerana
engkaulah pendampingku, yang sentiasa melihat segenap perilaku temanmu ini,
biarpun siapa dirimu, aku menerimanya seperti engkau menerima diriku menjadi
sahabatmu. Kritikanmu yang pahit itulah yang sedaya kutelan kerana kebenarannya
hanya terletak dimatamu, kerana aku hanya yakin, bahawa teman kecintaanku tidak
melukakan jika ia bukan kerana islam dan perjuangan kita.
pendampingku,
Andai Allah
menerima kita sebagai pejuang agamanya, apalah lagi yang kita harapkan selain
anugerah terindah itu, meski berbagai ujian berliku yang akan kita tempuhi
dalam langkah perjuangan ini, jangan korbankan cinta atas dasar ukhwah kerana Allah
ini kerana itulah kekuatan perjuangan kita, kekuatan diri kita dalam mengapai
keredhaan-NYA.
Duhai
pendampingku.
Andai suatu
saat, aku yang dipanggil Allah terlebih dahulu, engkau doakan aku mati sebagai
syuhada' dijalan-NYA, kerana itulah impian kita, dan yakinlah janji Allah itu
pasti buat mereka yang ikhlas dalam perjuangan kerana-NYA, dan doakan akulah
insan yang dipilih Allah itu, semoga kita bersama hingga kesyurga.