Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

الجمعة، 13 أبريل 2012

MUSLIMAH....

Kenapa aku tak cantik? Bilalah aku nak cantik macam dia? Pernah tak anda terfikir macam ini? Manusia memang tidak pernah puas dan selalu inginkan kesempurnaan. Sebenarnya manusia semua sama di sisi Allah, mungkin ada hikmah Allah tak kurniakan kita kecantikan yang boleh membuatkan orang terpegun, hormat dan mencemburui kita. Tapi sebenarnya semua wanita yang Allah jadikan itu cantik.
Aku Seorang Muslimah Yang Cantik

Allah s.w.t. berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
Setiap Wanita Itu Cantik
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
” Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
Jadi, ingatlah wanita semua. Kecantikan luaran atau fizikal itu tidak penting. Apa yang penting kecantikan amalan kita menentukan darjat kita di sisi Allah S.W.T. Jangan risau bagi yang sering tidak puas hati dengan diri sendiri. Allah tidak tengok pun semua itu. Yang paling penting AMALAN BAIK kita. IBADAH kita kepadaNya. Tapi, kita ini sebagai seorang Muslim, penting juga mengamalkan kebersihan, kekemasan, dan bersederhana dalam semua perkara yang kita lakukan.
Setiap Wanita Itu Cantik
Bak kata-kata hikmah; “Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik. Kalau budi pekerti baik, indahlah diri kita.”

الأربعاء، 11 أبريل 2012

* WANITA SOLEHAH *
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.


"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"