Setiap orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan :)
Setiap anak adam melakukan dosa dan
kesalahan. Samada kecil mahupun besar. Samada banyak ataupun sedikit.
Samada sengaja atau tidak. Apa yang pasti, manusia tidak akan terlepas
dari melakukan dosa. Kecuali para nabi dan rasul. Kerana mereka maksum
dan terlindung dari melakukan dosa.
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Seperti maksud sebuah hadis: “setiap anak adam pasti melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik mereka ialah yang bertaubat”
Jadi, jika awak adalah orang yang
pernah melakukan kesilapan, jangan lah merasa rendah diri kerana Allah
swt tak pernah memandang rendah pada umatnya dan tak pernah membezakan
umatnya. Semua manusia sama di mata Allah.... Pintu taubat sentiasa
terbuka untuk awak... Allah swt adalah sebaik-baik pemaaf dan
pengampun.. Mengapa tidak kita minta padanya?
“Jika kamu orang baik, maka kesalahanmu pun mampu membawamu ke arah yang lebih baik.”
Allah
mengujimu kerana Allah menyayangimu... maka senyumlah dan go on ur
life....Buka lembaran baru dalam hidup awak.... InsyaAllah andainya kita
sedang memperbaiki diri kita ke arah kebaikan, insyaAllah Allah juga
akan mengurniakan seseorang yang sedang memperbaiki dirinya juga ke arah
kebaikan. Belum terlambat untuk awak bertaubat dan berubah ke arah
kebaikan.
Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengundurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga.
Tak
payah awak nak menoleh ke masa lampau kerana itu hanya membuatkan kita
berasa rendah diri dan tidak berupaya untuk menjadi lebih baik...
Sebaiknya kita jadikan masa lalu sebagai satu pengalaman dan cabaran
buat kita untuk menempuh kehidupan yang baru... jalani kehidupan
sekarang tanpa perlu kembali ke masa lalu yang mungkin hanya memeritkan
dan menyakitkan... Awak pasti boleh :)
“Jika kamu tetap melakukan kesalahan yang sama, maka sebanyak apapun peluangmu, kamu hanya akan menghadapi kegagalan yang sama.Orang pintar memilih jalan yang berbeza, sedangkan orang bodoh terjatuh di lubang yang sama.”
Jangan
bersedih ketika melakukan kesalahan, kerana kesalahan yang awak lakukan
membuat awak banyak belajar, kerana kesalahan menjadikan awak lebih
kuat, tabah dan matang dalam menempuh segala cubaan dari Allah .
Percayalah Allah takkan menguji seseorang hambanya melebihi
kemampuannya.
Kesalahan
itu ibarat paku yang tertancap di tembok. Meskipun paku itu dah
dicabut, tetap akan meninggalkan lubang di tembok. Bekas lubang inilah
yang seharusnya sentiasa menjadi pengingat bagi kita untuk tidak
mengulangi kesalahan yang sama dan awak janganlah menjadi INSAN yang
suka mengeluh dan marah-marah tatkala mendapat dugaan dan
cubaan..jadilah INSAN yang sentiasa sabar dan pasrah dalam mencari
pahala Allah..