Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

الثلاثاء، 9 أكتوبر 2012

BYYKAN SABAR YE...=)

Setiap orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan :)

Setiap anak adam melakukan dosa dan kesalahan. Samada kecil mahupun besar. Samada banyak ataupun sedikit. Samada sengaja atau tidak. Apa yang pasti, manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kecuali para nabi dan rasul. Kerana mereka maksum dan terlindung dari melakukan dosa.

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah] 
Seperti maksud sebuah hadis: “setiap anak adam pasti melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik mereka ialah yang bertaubat”

Jadi, jika awak adalah orang yang pernah melakukan kesilapan, jangan lah merasa rendah diri kerana Allah swt tak pernah memandang rendah pada umatnya dan tak pernah membezakan umatnya. Semua manusia sama di mata Allah.... Pintu taubat sentiasa terbuka untuk awak... Allah swt adalah sebaik-baik pemaaf dan pengampun.. Mengapa tidak kita minta padanya? 

“Jika kamu orang baik, maka kesalahanmu pun mampu membawamu ke arah yang lebih baik.”
Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu... maka senyumlah dan go on ur life....Buka lembaran baru dalam hidup awak.... InsyaAllah andainya kita sedang memperbaiki diri kita ke arah kebaikan, insyaAllah Allah juga akan mengurniakan seseorang yang sedang memperbaiki dirinya juga ke arah kebaikan. Belum terlambat untuk awak bertaubat dan berubah ke arah kebaikan. 
Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengundurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. 
Tak payah awak nak menoleh ke masa lampau kerana itu hanya membuatkan kita berasa rendah diri dan tidak berupaya untuk menjadi lebih baik... Sebaiknya kita jadikan masa lalu sebagai satu pengalaman dan cabaran buat kita untuk menempuh kehidupan yang baru... jalani kehidupan sekarang tanpa perlu kembali ke masa lalu yang mungkin hanya memeritkan dan menyakitkan... Awak pasti boleh :)
“Jika kamu tetap melakukan kesalahan yang sama, maka sebanyak apapun peluangmu, kamu hanya akan menghadapi kegagalan yang sama.Orang pintar memilih jalan yang berbeza, sedangkan orang bodoh terjatuh di lubang yang sama.” 
 Jangan bersedih ketika melakukan kesalahan, kerana kesalahan yang awak lakukan membuat awak banyak belajar, kerana kesalahan menjadikan awak  lebih kuat, tabah dan matang dalam menempuh segala cubaan dari Allah . Percayalah Allah takkan menguji seseorang hambanya melebihi kemampuannya. 

Kesalahan itu ibarat paku yang tertancap di tembok. Meskipun paku itu dah dicabut, tetap akan meninggalkan lubang di tembok. Bekas lubang inilah yang seharusnya sentiasa menjadi pengingat bagi kita untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dan awak janganlah menjadi INSAN yang suka mengeluh dan marah-marah tatkala mendapat dugaan dan cubaan..jadilah INSAN yang sentiasa sabar dan pasrah dalam mencari pahala Allah..

think positive people...“Melakukan kesalahan itu hal biasa. Memperbaiki kesalahan itu hal yang luar biasa.” Manusia sering melakukan kesalahan tapi jarang untuk membetulkan semula kesalahannya. Dan jika awak membaiki kesalahan yang telah awak buat, InsyaAllah usaha awak itu pasti tidak akan sia-sia :)

1 comments:

eelobor يقول...

terima kasih atas entri ini....

إرسال تعليق