Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

الاثنين، 28 مايو 2012







Duhai pendampingku....

Andai saja bisa aku luahkan betapa aku mencintaimu sahabatku, maka akan kuluahkan setiap kerat- kerat hati biar bersatu menguntum senyum paling indah dari wajahmu.namun hati terlalu takut mengungkapnya bimbang satu hari nanti aku akan dilukakan dan ucapan itu terasa begitu menyakitkan. dan rindu itu biar kusimpan dalam sudut hati paling dalam, sentiasa berdoa kita disatukan disyurga bergembira atas dipan- dian indah, dikelilingi sungai- sungai yang mengalir, menikmati nikmat syurga bersama- sama, anugerah Allah yang didunia kita mabuk dalam cinta dan rindu pada-NYA,itulah impianku. Bukan aku menafikan sunnah Rasulullah yang mengajar kita meluahkan cinta kepada sahabat, bahkan aku sering berdoa di sujud terakhirku agar kita terus disatukan hati dalam ukhwah terindah ini. Dan aku juga yakin, biar cintaku padamu sahabatku aku simpan dalam tiap- tiap kerat doaku agar Allah terus mengikat hati kita dalam perjuangan menegakkan agama-NYA.


Pendampingku, kecintaanku,

Jalanan perjuangan begitu memeritkan, dalam setiap langkahku, aku sentiasa diperkuatkan olehmu, biarpun bicara semangat itu terkadang melukakan, aku rela kerana engkaulah pendampingku, yang sentiasa melihat segenap perilaku temanmu ini, biarpun siapa dirimu, aku menerimanya seperti engkau menerima diriku menjadi sahabatmu. Kritikanmu yang pahit itulah yang sedaya kutelan kerana kebenarannya hanya terletak dimatamu, kerana aku hanya yakin, bahawa teman kecintaanku tidak melukakan jika ia bukan kerana islam dan perjuangan kita.

pendampingku,

Andai Allah menerima kita sebagai pejuang agamanya, apalah lagi yang kita harapkan selain anugerah terindah itu, meski berbagai ujian berliku yang akan kita tempuhi dalam langkah perjuangan ini, jangan korbankan cinta atas dasar ukhwah kerana Allah ini kerana itulah kekuatan perjuangan kita, kekuatan diri kita dalam mengapai keredhaan-NYA.

Duhai pendampingku.

Andai suatu saat, aku yang dipanggil Allah terlebih dahulu, engkau doakan aku mati sebagai syuhada' dijalan-NYA, kerana itulah impian kita, dan yakinlah janji Allah itu pasti buat mereka yang ikhlas dalam perjuangan kerana-NYA, dan doakan akulah insan yang dipilih Allah itu, semoga kita bersama hingga kesyurga.





0 comments:

إرسال تعليق