Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

الأحد، 8 أغسطس 2010

tkbir!!


hebatnya cinta allah.... 

Jika kau terasa lelah dan tidak berdaya..
Daripada usaha yg sepertinya sia-sia..
ALLAH tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama..
Dan hatimu masih terasa pedih..
ALLAH sudah menghitung air matamu..
Jika kau fikir hidupmu sedang menanti sesuatu..
Dan waktu terasa berlalu begitu sahaja..
ALLAH sedang menunggu bersama denganmu..
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba..
Segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
ALLAH punya jawapannya..
Ketika csegala sesuatu menjadi tidak masuk akal..
Dan kau berasa tertekan..
ALLAH dapat menenangkanmu..

Jika tiba2 kau dapat melihat jejak2 harapan..
ALLAH sedang berbisik kepadamu..
Ketika segala sesuatu berjalan lancar..
Dan kau berasa ingin mengucap syukur..
ALLAH telah memberimu Rahmat..
Ketika sesuatu yang indah terjadi..
Dan kau dipenuhi ketakjuban..
ALLAH telah tersenyum padamu..
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi..
Dan mimpi untuk digenapi..
ALLAH sudah membuka matamu..
Dan memanggilmu dengan namamu..
Ingatlah walau dimana pun kau atau kemana pun kau menghadap..
ALLAH SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar..


ALLAHU RABBI..
Aku datang dihadapanMU..
Dengan hati yang tercela..
Dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa..
Dengan jiwa yang lemah dan longlai..
Dengan kekuatan yang pudar..
Dengan semangat yang tiada tersisa..
Ampunkan daku YA ALLAH..
Aku tidak pandai memujuk diri untuk bersabar..
Aku tidak pandai memujuk diri untuk  REDHA..
Aku tidak pandai beradab  menerima ujian daripadaMU..
ALLAHU RABBI..
Engkau yang memberi nikmat bahagia kepadaku..
Engkau juga yang memberi rasa sakit dalam deritaku..
Segala ujian dan nikmat itu dariMU..
Maka..ku pohon penawarnya YA ALLAH..
Hilangkan segala duka dan sakit hatiku ini..
Hilangkan segala rasa sedih dan terluka ini..
Kerana Engkau yang memegang hati2 hamba-MU..
Aku tidak yakin pada diriku sendiri..
Oleh itu,hanya pada-MUlah  aku bergantung harap..
Pada-MUlah aku menyerahkan segala pergantungan..
Kerana kutahu Engkau tahu memujuk hatiku..
Membelai jiwaku..
Dan meniupkan cintaMU dalam hatiku..
Kini,kutagih kasih daripadaMU..
Dakaplah daku dalam cinta-MU..
Usirlah kesepian dan duka yang sebati dalam hatiku ini..
Gantikanlah ia dengan cinta-MU yang luhur dan suci..
Cinta-MU yang Agung dan tidak bertepi..
Amien....

0 comments:

إرسال تعليق