Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

الأحد، 11 مارس 2012

Ni berdasarkan pengalaman kawan kepada kawan kawan aku (siapakah dia?entahlah.hehe). Aku cuma nak kongsikan kepada korang semua pasal ketelanjuran kawan kepada kawan aku ni. Ceritanya macam ni.

Pada suatu hari, Gadis berkenalan dengan Jejaka. Pada mulanya, Jejaka langsung tidak menunjukkan sikap hidung belang badan berbirat dia tuh. Alim-alim kucing la gitu. Duduk berdua pun setakat 1 kilometer jauhnya. Nak bercakap pun malu-malu. Apalagi nak pegang-pegang.

Erkk,, abaikan pistol tu taw ! haha


Hari berganti hari. Minggu bersalin bulan. Gadis dan Jejaka menjadi semakin intim. Kini, mereka sudahpun tidak malu-malu arnab lagi untuk dating bersama. Mereka dah berani untuk keluar berdua. Dan kini, dah pandai dah jalan pegang tangan tu mak oiii ! *sila belasah mereka jom.huhu

Tengoklah Gadis dan Jejaka tuh !

Hormon kegatalan dan kemiangan Gadis dan Jejaka semakin bertambah dari hari ke hari. Hinggalah suatu hari ni. Mungkin Jejaka dah bosan asik pegang tangan je. Jadi, dia cubalah mintak yang lebih. Mulanya Jejaka takut la jugak permintaannya ditolak mentah-mentah. Tapi, bagai orang mengantuk dapat tilam, Gadis pun menunaikan permintaannya.

Sekarang dah duduk satu sentimeter je

"Sayang, Abang nak pegang-pegang sikit badan Sayang boleh tak? Bosanlah asek pegang tangan je. Abang nak jugak rasa kelembutan badan Sayang macam mana. Mesti lagi lembut kan?", goda Jejaka dengan miangnya.

Tanpa rasa segan silu, Gadis pun menjawab," Abang buatlah apa yang Abang nak. Cinta Sayang hanya untuk Abang sahaja. Sayang cinta Abang selamanya.". Dengan manjanya, Gadis pun melentokkan kepalanya ke atas Jejaka dan membiarkan sahaja jari- jemari Jejaka berjalan-jalan di atas muka bumi Gadis. Kedua-dua manusia tu pun leka dan syiokk dengan nikmat yang baru dirasai mereka.

Maka, syaitonnirajim yang berada di sekeliling mereka pun bergelak ketawa keriangan kerana hasutan mereka berjaya. Tumbanglah lagi anak Adam dalam godaan maksiat


Dua bulan kemudian.

"Abang, Sayang mengandung anak Abang."

"Huh. Dasar perempuan sial ! Berani kau cakap itu anak aku?! Entah-entah anak jantan mana entah kau mengandungkan tu. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena bertanggungjawab atas anak kau dengan jantan lain. Kau tu perempuan murahan. Entah berapa ramai lagi entah jantan yang kau dah tidur sama."

"Abang, itu anak abang ! Sayang tak pernah tidur dengan sesiapa melainkan Abang. Abang, Sayang hanya cinta Abang seorang"

"Huh. Pergi mampus la dengan sayang kau tuh!"

Gadis dan Jejaka bergaduh la !

Maka, Gadis tu pun menangis sepuas-puasnya kerana nasibnya yang malang. Dia sudah tak tahu untuk berbuat apa lagi memandangkan dirinya yang dah tak suci dan

                     "CUT!!!!!"

Weyh, aku malas la nak citer pasal perempuan yang cari pasal tu mahupun lelaki yang tak bertanggungjawab tu. Aku cuma nak bagitahu. Lain kali, kalau pakwe korang nak pegang atau cium korang kan (bagi perempuan), korang buat je apa yang aku cakap ni ye. And action !



"Sayang, Abang nak pegang dan cium Sayang sikit boleh tak?", Pinta Si Pakwe dengan nada gediknya.

"Em, boleh." sambil tunduk dan mula menanggalkan kasut.

"Eh, Abang cuma nak cium je. Kenapa Sayang tanggalkan kasut??"

"Larh, kata nak cium. Ni Sayang nak cium mulut Abang guna tapak kasut Sayang lah!", jawab korang sambil tonyoh je tapak kasut korang kat mulut Pakwe korang tu. Lagi sedap kalau korang baru je pijak taik kucing. hehe

Kalau kena cium dek tapak kasut tajam macam ni lagi sedap maa.. Boleh buta terus ! haha


"Huh! Padan muka ! Belum kahwin dah gatal sana sini ! Kita putus !", sambil cium mulut dia ngan tapak kasut sekali lagi dan terus lari lelaju. Mesti nanti dia cakap,

"Perempuan $%*&$#^&&^$$!!"


Ha, tengok ! baru kena macam tu korang dah kena maki hamun. Nampak sangatlah Pakwe korang tu hanya nakkan body korang bukannya hati korang ye.

Haha. Lelaki ni, kalau nak tahu dia ni macam mana, tengok time dia marah dan mengamuk. Just perati dan dengar je perkataan apa yang akan dikeluarkannya. Kalau dia cakap tak elok, maka, seluruh hatinya dah membusuk. Kalau dia tengah marah tahap gaban tapi masih mampu mengingati Allah, maka, dialah yang terbaik buatmu (Woi,,tapi kalau dah pegang-pegang korang tu, bukan baik namanya !)


notakaki : Bercinta selepas kahwin. Itu yang nikmatnya ! 


0 comments:

إرسال تعليق