Sahabat yang dikasihi Allah,
Jika terdapat dalam hatimu suatu perasaan benci atau sayang kepada seseorang, maka telitilah perbuatanmu itu berdasarkan Al-Qur'an dan hadis. Jika benci kamu itu sesuai denagn Al-Qur'an dan hadis, maka bergembiralah kamu., kerana kamu bertindak sesuai dengan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi jika benci kamu tidak sesuai dengan Al-Qur'an dan hadis, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu telah mengikuti hawa nafsu kamu. Jika kamu membenci orang itu kerana kamu terpengaruh oleh hawa nafsu kamu, maka bererti kamu tidak adil dan kamu menentang Allah dan Rasul-Nya. Oleh kerana itu kembalilah kamu kepada Allah, bertaubatlah kerana kebencian kamu itu dan bermohonlah kepada-Nya supaya kamu mengasihi orang itu dan orang-orang lain, yang terdiri atas orang-orang yang beriman, wali-wali-Nya, orang-orang pilihan-Nya dan orang-orang soleh dari hamba-hamba-Nya serta hendaklah kamu yakini bahawa Allah akan mengasihimu apabila kamu kasih dan sayang kepada mereka semata-mata kerana Allah.
Sahabat yang dimuliakan,
Bersikaplah kamu terhadap seseorang, seperti kamu bersikap terhadap orang yang kamu kasihi. Pendek kata, hendaklah kamu meneliti perbuatan orang itu berdasarkan Al-Qur'an dan hadis. Sekiranya Al-Qur'an dan hadis membenarkan dan menyukai perbuatan orang itu, maka kamupun harus membenarkan dan menyukai perbuatan orang itu. Tetapi, jika keduanya membencimu, maka kamupun hendaklah membencinya sesuai dengan Al-Qur'an dan hadis. Sesuaikanlah perasaan dan perbuatanmu dengan Al-Qur'an dan hadis. Jika kamu mengasihi seseorang sedangkan Al-Qur'an dan hadis membencinya, maka janganlah kamu mengasihinya, supaya kamu tidak menuruti hawa nafsumu, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan."
(Surah Shaad ayat 26)
Sahabatku,
Dalam jiwa manusia secara fitrahnya suka dikasihi dan mengasihi. Kasih yang paling utama, tanda orang beriman adalah kasih kita kepada Allah dan Rasul mengatasi kasih kita pada yang lain. Kita kasih pada yang lain seperti ibu-bapa, adik-beradik, kaum keluarga, sahabat-sahabat, rakan-rakan, guru-guru, suami, isteri, anak-anak dan orang-orang beriman adalah semata-mata kerana Allah. Kayu pengukur kita adalah Al-Qur'an dan hadis. Begitu juga apabila kita berhajat untuk mencari calun isteri atau suami kriteria yang perlu digunakan adalah Al-Qur'an dan hadis jangan lari dari kedua-dua sumber tersebut insya Allah kita akan selamat dan berbahagia di dunia dan di akhirat.

0 comments:
إرسال تعليق