Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

الاثنين، 17 يناير 2011

kePEntiNGan sYARIah islAM...

Saudara-saudara kaum Muslimin yang dirahmati Allah...

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan iman dan taqwa dengan dengan melaksanakam perintah-perintah Allah di dalam kehidupan kita. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 29:


“Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan memberikan kepada kamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

Allah juga telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat: 3.


“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Aku telah redhai Islam itu menjadi suatu cara-hidup (agama) bagimu.” (Al-Maidah: 3)

Ayat tersebut telah menjelaskan bahwa, Allah s.w.t telah menyempurnakan agamaNya dengan melengkapkan undang-undang syariah sebagai panduan bagi Umat Islam.

Syariah Islamiyah merupakan ajaran yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. Muhammad daripada Allah s.w.t. , samada ia berkaitan dengan pembaikan akidah untuk membebaskan akal manusia daripada cengkaman keberhalaan dan khurafat, pembaikan akhlak untuk membebaskan manusia daripada pengaruh dan penyelewengan hawa nafsu serta pengishlahan masyarakat untuk membebaskan manusia daripada kezaliman, kacau bilau dan penindasan.

Untuk mencapai semua keperluan inilah, maka Allah mensyariatkan a suatu sistem peraturan yang menyusun hubungan antara sesama manusia dan memelihara hak-hak mereka.

Tujuan utama diturunkan syariah Islam adalah untuk menjaga kemashlahatan umat manusia. Selain itu juga adalah untuk menegakkan keadilan di antara manusia, serta menyelamatkan mereka dari hal-hal yang bersifat kekejaman dan kerosakan. Oleh kerana itu, jika kita teguh dan beriltizam melaksanakan ajaran Islam akan terpeliharalah keharmonian insan dan alam di mana dia hidup di dalamnya.

Oleh itu, hukum Islam tidak beku dan terhenti disuatu tempat atau masa. Para ulama’ telah menekankan bahawa fatwa, pengajaran, maupun proses undang-undang mestilah memperhatikan perubahan zaman, tempat, situasi dan keadaan masyarakat.

Sehubung dengan itu, hukum Islam seharusnya difahami dalam
perspektifnya yang sebenar, samada ianya bersifat Fiqh, fatwa atau qada’ (hukuman), kerana setiap satu dari perkara tersebut ini, memberi kesan kepada perjalanan dan aturcara perundangan Islam.


Sidang Jumaat rahimakumullah


Pepata Melayu ada mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Maka itu Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya, mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya. Allah s.w.t telah berfirman :




Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyalah kamu kepada Ahlu Zikr (yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui ” (surah Al-Anbiya’ ayat 7)

Salah satu unsur penting didalam pelaksanaan syariah Islamiah didalam kehidupan kita ialah dengan adanya makanisma Fatwa. Ianya penting dalam kehidupan masyarakat Islam kerana perkembangan sains dan teknologi dan suasana kehidupan yang senentiasa berubah dan berkembang akan menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian fatwa. Kerana itu para fuqaha’ mengatakan : Fatwa itu ditentukan berdasarkan masa, tempat dan tabiat orangnya.

Sebagaimana Al-Imam Ibnu Qayyim telah mengatakan dalam bukunya I’lamul Muaqqi’en: “fatwa dapat mengalami perubahan kerana perbedaan zaman, tempat, situasi, adat istiadat dan niat .”

Dalam bukunya yang lain, seperti Ighasatul Lahafan, Ibnu Qayyim menjelaskan bahwa di sana ada dua jenis hukum :
Pertama :Thabit -hukum Tetap dan Kedua : Hukum yang berubah

Hukum-hukum yang bersifat tetap, tidak dapat diperbaruhi, meskipun terjadi perubahan zaman dan tempat, serta berbagai upaya ijtihad mujtahidin.
Misalnya mengenai kewajipan-kewajipan agama , larangan-larangannya dan ketentuan lain yang bersifat tetap seperti halal haram.

Sedangkan hukum yang berubah, sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi dan kondisi, juga mengalami perubahan.


Sebagai contoh lain adalah perubahan fatwa kerana perubahan situasi.
Sabda Rasululallah saw. “ Aku pernah melarang kamu berziarah kubur, maka berziarahlah (sekarang) kesana”

Menurut Imam Syafi’I r.h. penghapusan hukum tersebut kerana hilangnya alasan (illah). Maka kukum tersebut diangkat untuk sementara waktu, kerana alasan (berlakunya pemujaan kubur) sudah tidak ada lagi (disebabkan para sahabat sudah mantap aqidah mereka).


Sesuatu hukum itu boleh berubah dengan perubahan zaman, Kita tidak boleh mengabaikan realiti zaman dan kemajuan yang terjadi pada sesuatu zaman itu serta mengabaikan pencapaian manusia bagi memakmurkan kehidupannya. Kerana itu, fiqih Islam tidak membeku di suatu tempat sepanjang masa, kerana itu fatwa mahupun proses undang-undang mengambil kira perubahan zaman, tempat, situasi dan kedaan. Di sini kita dapat melihat bahwa Islam adalah agama yang sesuai dan relevan pada setiap masa dan tempat.

Di antara unsur-unsur Syariah Islam serta ketinggian prinsipnya ialah keharmonian dengan kenyataan dan kesesuaiannya dengan kehidupan sepanjang zaman. Oleh itu, tidak munasabah pada akal dan syarak akan terjadinya pertentangan antara hukum-hukum Islam dengan maslahat manusia atau terjadinya pertembungan antara nas syariat dengan kenyataan hidup. Allah s.w.t. Maha Tinggi hikmahNya yang telah memansukhkan syariat-syariat agama langit yang terdahulu dan Allah datangkan Syariat yang baru yang menyesuaikan antara kepentingan individu dengan kepentingan jemaah untuk mewujudkan kebajikan dan kebahagiaan bagi insan secara keseluruhan serta menjamin kepimpinan umat dan keselamatan dunia sehingga hari Qiyamat.

0 comments:

إرسال تعليق